Wednesday, August 26, 2009

1.Hai anakku, ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkauingin selamat, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, isinya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

2. Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH.

3. Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawaduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha dan menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

4. Hai anakku, seandainya ibu bapa marah kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibu bapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

No comments:

Post a Comment